Ceramah Kesedaran Gaza di Masjid Al-Husna, Puchong

Alhamdulillah, satu ceramah untuk memupuk kesedaran mengenai Gaza telah diadakan di Masjid Al-Husna, Puchong pada hari Selasa, 29 Jun 2010 oleh Aqsa Syarif Subang Jaya.

Program kali ini menampilkan Ustaz Hasanuddin dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Aqsa Syarif, Dr. Tengku. Sebanyak RM6600 telah berjaya dikumpul, di samping beberapa orang individu telah menyatakan hasrat untuk menaja keluarga miskin dan anak-anak yatim Palestin.

Sebelum itu ceramah juga telah turut diadakan di surau Subang Bestari pada hari Sabtu, 26 Jun. Sebanyak RM1500 telah berjaya dikumpul pada hari tersebut.

Semoga segala usaha diberkati Allah. Jika berminat, anda boleh dapatkan brochure keluarga miskin dan anak yatim Palestin di sini.


Jom Memyumbang!

Sumbangan juga boleh dibuat melalui cek atas nama AQSA SYARIF BERHAD

Kategori