Aqsa Syarif menaja 3 buah kenderaan untuk Konvoi ke 5 GAZA Salam Aidilfitri Faizal Tahir insaf Perutusan Pengerusi: Bersamamu Bebaskan Bumi Palestin di TV3 Bersamamu: Bebaskan Bumi Palestin
Aqsa Syarif menaja 3 buah kenderaan untuk Konvoi ke 5 GAZA Assalamualaikum, Syukur ke hadrat Ilahi. Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. kita berjaya menaja 3 buah kenderaan atas nama Aqsa Syarif bagi menyertai konvoy ke Gaza anjuran VP (Viva Palestina). Aqsa Syarif akan bergerak di bawah nama VPM sebagai penyertaan induk (VPM adalah wakil VP UK yang menerajui land convoy ke Gaza). Ketiga-tiga kenderaan ini adalah [...]
Salam Aidilfitri Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami di Aqsa Syarif Berhad. Semoga Allah merahmati anda semua, khususnya kepada para penyumbang dan dermawan yang telah memberi sumbangan/menaja keluarga miskin dan anak yatim Palestin. Terima kasih.
Faizal Tahir insaf Tidak terungkap dengan kata-kata. Jiwa bergejolak meronta mahu menghulur bantuan, simpati akan anak-anak yatim yang memerlukan belaian kasih sayang. Hidup serba kedaifan adalah pemandangan biasa masyarakat di sana. Faizal Tahir menginsafi segala pengalaman yang dilalui sepanjang enam hari di Kem Pelarian Palestin di Lubnan. Kesyukuran dilantik sebagai Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin membebaskan dirinya dari [...]
Perutusan Pengerusi: Bersamamu Bebaskan Bumi Palestin di TV3 السـلام عليكم ورحمة الـلـه وبركاته الـحـمـد لـلّـه والـصـلاة والـسلام على رسـول الـلّـه Segala puji bagi Allah kerana menjadikan kita sebahagian ummat yang terus berpuasa dan menghidupkan Ramadhan tanpa kita meninggalkan kerja-kerja yang menglibatkan urusan manusia.  Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad yang mengajar kita bagaimana menjadi hamba Allah yang sebenar; menjaga Hablun MinAllah [...]
Bersamamu: Bebaskan Bumi Palestin Bersamamu: Bebaskan Bumi Palestin, sebuah program kerjasama antara TV3 dan AQSA SYARIF telah bermula siarannya pada malam Rabu, 18 Ogos dan akan diikuti Rabu minggu-minggu seterusnya, 25 Ogos, 1 September dan 8 September 2010 di TV3. Pengambaran telah dilakukan di kem-kem di Lubnan dan turut disertai oleh Ustaz Hasanuddin dan Duta Bebaskan Bumi Palestin TV3, [...]
Ramadhan di Gaza di Tengah Embargo dan Ketiadaan Bekalan Elektrik
Teks khutbah sempena Hari al-Quds (Negeri Selangor)
Janji Israel ke atas Palestin
Kemusnahan Bangsa Yahudi Sebanyak Dua Kali: Bila dan Bagaimana?
Obama’s Collapse
Fakta Tembok Besi Mesir-Gaza
Israel Kebal Undang-Undang?
Kenali Masjid Al-Aqsa
Dr Abdul Aziz Rantisi Dalam Kenangan
Kewajiban Kita Menyelamatkan Al-Aqsa dan Mengembalikan Palestin
Palestin Akan Tetap Kekal Selama Dunia Masih Ada
Baitul Maqdis Ibu Negara Bersama?
Masjid Al-Aqsa Dalam Bahaya
Amanat Terakhir Syeikh Ahmad Yassin
[Epi 3] Konsep ‘Islamic Jerusalem’, ‘barakna fiha’ dan ‘barakna hawlahu’
[Epi 2] Konsep ‘Islamic Jerusalem’, ‘barakna fiha’ dan ‘barakna hawlahu’
[Epi 1] Konsep ‘Islamic Jerusalem’, ‘barakna fiha’ dan ‘barakna hawlahu’

Penjara Israel ibarat kubur dan tempat hukuman mati

Khamis, 02/09/2010 – Sumber dan bukti yang kukuh mendapati suasana dan keadaan penjara Zionis Israel melanggari undang-undang antarabangsa. Dalam pemantauan pihak Palestin, mendapati tahanan rakyat Palestin menjalani hukuman dan diisolasi. Keadaan yang gelap dan pengudaraan yang lemah, menyebabkan keadaan semakin buruk.

Tahanan yang mengalamai isolasi mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk gangguan mental. Keadaan ini memang sengaja dicipta oleh Zionis Israel bagi menekan tahanan Palestin. Kebanyakan tahanan merupakan pejuang Islam.

Di samping itu, tahanan ditahan dalam satu tempoh yang lama. Keadaan semakin meruncing apabila tibanya musim panas atau sejuk yang mana suhu penjara amat ekstrim. Keadaan yang tidak bersih dan menjadi tempat tinggal bagi tikus, lipas dan lain-lain. Read More…

 

VPM Convoy ‘Flag off’

‘Flag off’ konvoi antarabangsa kelima Viva Palestina ke Gaza pada 18 September nanti yang telah disiarkan pada hari Khamis, 26 Ogos 2010 menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), TV3. Aqsa Syarif akan turut serta di dalam konvoi berkenaan.

 

Viva Palestina UK: Drivers urgently required for September convoy!

We urgently need one or two drivers to support a vehicle purchase and take part in the upcoming convoy to Gaza leaving on September 18th. One of our volunteers has been let down by their co-driver and is anxious to find a replacement as soon as possible. The volunteer has collected quite a lot of equipment for the journey, and can fund one third of the vehicle costs and travelling expanses, but cannot take part in the convoy without the help of at least one other person. If you think you can help, or if you know someone who can, please contact us as soon as you can. Email us at convoyregistration@vivapalestina.org (click here to open your email program). Thank you!

Read More…

 

Aqsa Syarif menaja 3 buah kenderaan untuk Konvoi ke 5 GAZA

Konvoi ke Gaza - Gambar hiasan

Assalamualaikum,

Syukur ke hadrat Ilahi. Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. kita berjaya menaja 3 buah kenderaan atas nama Aqsa Syarif bagi menyertai konvoy ke Gaza anjuran VP (Viva Palestina). Aqsa Syarif akan bergerak di bawah nama VPM sebagai penyertaan induk (VPM adalah wakil VP UK yang menerajui land convoy ke Gaza). Ketiga-tiga kenderaan ini adalah sebahagian dari 6 kenderaan yang bergerak di bawah lambang Viva Palestina Malaysia (beserta dgn lambang Aqsa Syarif dan PACE) pada kenderaan yang ditaja oleh Aqsa Syarif.

Adalah dijadualkan convoy ini akan bergerak pada 18 September ini. Oleh itu saya selaku PIC  Land convoy ke Gaza bagi pihak Aqsa Syarif ingin membuat rayuan ini.

1. Kos penajaan ketiga-tiga kenderaan ialah RM165,000. Kita telah mendahulukan jumlah ini dari tabung umum Palestin Aqsa Syarif. Besarlah hasrat Lembaga Pengarah Aqsa Syarif agar jumlah ini dapat ditampung pula oleh sumbangan dari kita semua supaya wang sebanyak RM165,000 itu dapat diganti dan digunakan untuk pelbagai tujuan lain yang mendesak.

2. Dengan itu bersempena dengan 7 lagi hari yang tersisa di bulan Ramadhan ini (apatah lagi 7 hari yang terakhir) kami merayu kepada saudara saudari untuk melakukan amal infaq yang sangat dituntut dari kita terutama di bulan Ramadhan ini.

3. Mohon mereka yang menyahut seruan ini dapat memaklumkan kepada saya secara e-mail (hafidzi.mohdnoor@gmail.com) dan bank in infaq anda semua ke akaun Aqsa Syarif MBB 551575004299 dan memaklumkan ke ibu pej dgn fax ke 03-87349636 dengan menyatakan sumbangan adalah utk ‘LAND CONVOY’

4. VP UK juga menghendaki 6 orang pemandu (2 orang bagi satu kenderaan). Kami sedang membuat senarai pendek volunteers yang akan menyertai konvoi ini. Buat masa ini Lembaga Pengarah akan memutuskan calon yang sesuai. Namun jika saudara-saudara berminat dan boleh menyertai misi ini sila maklumkan juga kepada saya melalui e-mail (hafidzi.mohdnoor@gmail.com). Namun keputusan muktamad nanti adalah tertakluk kepada pemilihan dan budi bicara Lembaga Aqsa Syarif.

jzkk

Dr Hafidzi Mohd Noor
PIC LAND CONVOY
Aqsa Syarif/VPM

 

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami di Aqsa Syarif Berhad. Semoga Allah merahmati anda semua, khususnya kepada para penyumbang dan dermawan yang telah memberi sumbangan/menaja keluarga
miskin dan anak yatim Palestin. Terima kasih.

 

Jom Menyumbang!

Sumbangan juga boleh dibuat melalui cek atas nama AQSA SYARIF BERHAD

Kategori

Sertai kami di Facebook